Dream Honeymoon Destination Bali Honeymoon Package

on Wednesday, August 28, 2013

My Dream Honeymoon Destination With Bali Honeymoon Package is my dream honeymoon plan to go there with my future wife. Even I'm still young and it is not wrong to have dream and plan to go to Bali, Indonesia with best honeymoon package.

Sudah terlajak menulis dalam bahasa Inggeris pula grammar hancur. Berbicara mengenai honeymoon package yang menarik pasti memukau pasangan yang bakal berkahwin untuk mendapatkan pakej yang menarik bercuti dan berbulan madu ke Bali, Indonesia.

Dream Honeymoon Destination Bali Honeymoon Package

Dream Honeymoon Destination Bali Honeymoon Package

Sudah lama memilih destinasi percutian bersama bakal isteri walaupun belum ada calon lagi untuk ke Bali, Indonesia.

Percutian pasti menarik dengan mengunjungi beberapa tempat menarik dan menenangkan seperti Danau Bedugul di Pulau Bali.

Dream Honeymoon Destination Bali Honeymoon Package

Walaupun belum pernah menjejakkan kaki kesana, saya membaca info-info yang mengatakan bahawa destinasi ini menarik kerana mampu memberikan ketenangan kepada para pengunjung.

Kita boleh menyewa perahu tradisional atau juga perahu bermotor untuk mengelilingi kawasan ini, wah hebatkan bersama dengan yang tersayang memandu perahu mengelilingi kawasan ini, romantik.

Seterusnya destinasi impian dalam honeymoon package impian ini, saya berhasrat untuk beristirehat bersama bakal isteri tercinta kelak di Tanjung Benoa, Pulau Bali.

Dream Honeymoon Destination Bali Honeymoon Package

Apa yang menariknya berkunjung disini adalah boleh beristirehat sambil beriadah kerana itu adalah antara minat saya.

Apa erti mendapat Honeymoon Package yang terbaik murah tanpa memanfaatkan dengan sepenuhnya. 

Pergi berbulan madu inginkan gembira-gembira bersama yang tersayang bukan duduk dalam hotel sahaja, hehe.

Di Tanjung Bonea ini mempunyai beberapa aktiviti sukan air seperti banana boat, jetski, parasailing, snorkeling, scuba diving, tengoklah dalam gambar sendiri betapa meriahnya suasana percutian di sana.

Saya tidak pernah pun menjejakkan kaki ke mana-mana luar negara, jadi tidak pernah merasakan bagaimana berada di negara orang dan situasinya.

Pernah juga terdengar akan keindahan menikmati makan malam di Jimbaran Bay dengan hidangan Grilled Seafood.
Dream Honeymoon Destination Bali Honeymoon Package

Apa yang menarik di sini, adalah ada berbagai pilihan dan waktu makan kita hanya diterangi dengan cahaya pelita.

Memang kena dengan tujuan ke sana untuk honeymoon bersama yang tercinta, inilah saat yang membangkitkan suasana romantik makan berdua dalam cahaya pelita di hembus pula dengan angin laut yang nyaman.

Bali Honeymoon Package

Banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi jika mendapat Honeymoon Package ini untuk bercuti ke Bali Indonesia.

Dream Honeymoon Destination Bali Honeymoon Package




Kontes Bali Honeymoon Package ini dianjurkan oleh iLuvTour dan ditaja sepenuhnya oleh Tareeq Al Jannah

Inspirasi Perlu Untuk Bangkitkan Semangat

on Monday, August 26, 2013

Inspirasi perlu untuk bangkitkan semangat kita yang telah merudum jatuh dan terganggu dalam kehidupan kita. Bukan senang membina sebuah semangat sehari atau seminggu atau sebulan selepas kita jatuh.

Kebangkitan juga memerlukan satu aura kekuatan yang amat kuat agar kita dapat menempis mana-mana hasutan dan anasir yang bakal mengganggu proses kebangkitan kita.


Inspirasi Perlu Untuk Bangkitkan Semangat

Inspirasi itu berbentuk dalam pelbagai keadaan yang sangat subjektif, ia terpulang pada diri seseorang bagaimana ia ingin melabelkan inspirasi itu tersendiri.

Selagi mana ia tidak menyimpang dan salah, ia boleh berpegang teguh akan inspirasi tersebut agar matlamatnya tercapai.

Dalam menuju sebuah kehidupan dan kejayaan, usaha dan kekuatan semangatlah yang menjadi pertimbangan kearah kejayaan tersebut.

Memang sukar untuk kita pertikaikan hasil usaha orang lain walaupun usaha mereka lebih sedikit daripada kita namun hasilnya membuak-buak lebih daripada kita.

Jenis-jenis Inspirasi 

Sukar sebenarnya kita menklasifikasi apa jenis inspirasi pada diri seseorang kerana bagi setiap orang adalah berbeza.

Contohnya, seseorang memerlukan teman untuk semangatnya menjadi kuat dan teguh kerana teman tersebut sentiasa akan mengingatkannya apabila ia leka dan terlupa.

Sesetengah yang lain pula dalam  perkara dan hal yang lain hanya perlu meletakkan matlamat dan azam saja di depan mereka, lalu mereka akan bermati-matian untuk mendapatkannya.

Mungkin pembaca mempunyai pendapat dan idea berbeza bagaimana inspirasi ini mampu membantu bangkitkan semangat kita.

Apa yang dijangkakan selalunya menjadi realiti kerana jangkaan itu adalah doa dalam senyap yang diulang-ulang dengan penuh keyakinan..."
Kita kena tentukan sendiri, apakah yang memberi inspirasi kepada kita atau siapakah yang memberi inspirasi kepada kita sebagaimana kita pernah mendengar perkataan sumber inspirasi untuk seseorang itu berjaya.

Pendapat Anda...

Luangkan sedikit idea dan pendapat anda mengenai topik penulisan ini agar dapat mengembangkan lagi olah-olah yang ditulis secara ringkas ini.

Saya menghormati perbezaan pendapat dan komentar yang membina secara bernas.

Wassalam :)

Bangkit Semula Dengan Segera

on Saturday, August 24, 2013

Bukan senang untuk kita bangkit semula setelah kita jatuh dari tempat yang tinggi kerana walaupun kita mampu bangkit secepat mana sekali pun kesakitan daripada kejatuhan kita itu tetap terasa pedihnya.

Mengambil angin boleh dikatakan melegakan kesakitan yang kita alami namun bila kita pulang kembali ke rumah kesakitan itu umpama datang kembali.

Jadi kekuatan itu tak mungkin datang dengan segera dan jangan percayalah bahawa mereka yang baru bangkit itu sudah pulih sepenuhnya.


Bangkit Semula Dengan Segera


Bangkit semula dengan segera, bangkitlah wahai sahabat sapa seorang teman kepada diri ini. Terasa tersentak dan tersedar dari satu lamunan yang tinggi.

Kenapa sukar untuk bangkit kembali setelah jatuh, sedangkan secara fitrahnya kita tidak mahu terus berada di ambang kejatuhan selama-lamanya.

Anjakan demi anjakan, doa dan usaha yang pelbagai di usahakan demi mengembalikan semula diri yang terdahulu.

Sebagai insan yang lemah sentiasa harus muhasabah diri bukan terus menonggak diri sendiri walaupun dalam beberapa situasi kita tidak salah sebenarnya.

Namun mengalah demi dan memujuk hati sendiri semoga persengketaan tidak berpanjangan, bak kata orang biarlah diri ini sakit sekalipun mereka tidak memaafkan secara total kesalahan kita.

Blog Ini Juga Harus Bangkit Kembali

Ya, blog ini juga harus bangkit kembali. Kali terakhir saya tulis mengenai kontes Melayu Boleh sebulan yang lalu. 

Disinilah saya lahir sebagai seorang blogger dan disini kembalilah saya lihat-lihat zaman permulaan saya pada suatu ketika dahulu sehingga kini.

Kenangan tak mungkin dilupakan andai kita terus sematkan dalam diri kita.

Sejauh mana sekali pun diri ini melangkah, menoleh kebelakangan pasti namun berundur itu tidak mungkin.

Blog ini adalah total blog peribadi namun saya tetap menulis dengan gaya saya sendiri dan menjadi diri sendiri.

Bangkitkan diri sendiri agar tidak terus berada dalam situasi lamunan kejatuhan.

Wassalam :)

Melayu Boleh

on Wednesday, July 10, 2013

Melayu boleh merupakan carian tertinggi di laman internet bagi mencari aksi-aksi anak melayu tidak kira umur tua atau muda yang berani melakukan sesuatu perkara apabila sudah mengikut diri sendiri tanpa memikirkan apa akibat dan risiko yang bakal ditanggung kelak.

Namun sifat Melayu yang boleh ini sudah mula di ubah dengan beberapa kebolehan diri Melayu itu sendiri dalam mencapai Wawasan 2020 kelak, lihat saja pada pencapaian kita pada hari ini pasti kita boleh tepuk dada menyatakan Melayu memang boleh!

Melayu Boleh

Mengapa Perlu Kotorkan Perkataan Melayu Boleh?

Mengapa perlu merosakkan bangsa Melayu sendiri dengan menerbitkan video-video aksi demi menunjukkan Melayu itu boleh?

Tidak adakah persepsi lain bagi memaparkan Melayu Boleh agar kaum lain melihat bangsa kita itu bermaruah, suci dan murni?

Siapa yang mula-mula perkenalkan perkataan Melayu Boleh ini dengan beberapa video aksi anak-anak melayu, video perempuan bertudung dan beberapa lagi perkataan yang tidak sepatutnya menjadi label kepada Melayu kita.

Sampai bilakah trend ini akan berterusan, sampai bila harus kotorkan perkataan Melayu Boleh ini tanpa memikirkan bahawa apa yang anda lakukan itu bakal merosakkan pemikiran anak-anak anda sendiri atau anda memang tidak akan berkahwin kelak?

Melayu Boleh

Dimana Sebenarnya Makna Melayu Boleh?

Jika fikirkan kembali, apa maksud Melayu yang boleh? Adakah ianya hanya boleh dalam perkara yang memalukan diri sendiri? Kenapa kita sering dilihat sebagai yang sentiasa kalah dalam pelbagai situasi?

Melayu Boleh
Cuba letakkan 3 perkara ini dalam persepsi Melayu Boleh hari ini:
  • Apakah Melayu hari ini sudah boleh dikira sebagai yang matang dalam pemikiran, tindakan dan perancangannya?
  • Adakah ramai Melayu kita hari ini yang sudah mampu menjana kekayaan yang begitu maksimum?
  • Adakah Melayu kita ini sekarang mampu bercakap tapi tindakan adalah hancur sekali?

Dimana Nasib Melayu Yang Boleh Hari Ini?

Jangan terlalu angkuh, mempersendakan serta mengutuk bagi mereka yang ingin mencuba dalam sesuatu perkara sebaliknya kita harus tanya diri kita sendiri dimana kita berada dan berpijak di bumi yang nyata ini. Lihat video ini,

Lihatlah sendiri dan nilailah sendiri adakah Melayu Boleh yang anda bangga-banggakan itu mendapat tempat di mata dunia atau sekadar gimik dalam alam maya internet sahaja?

Menulis bukan semata-mata tetapi juga untuk menyedarkan serta mengingatkan diri sendiri adalah kita ini betul-betul seorang Melayu yang boleh dan jika boleh apa yang kita boleh?

Melayu yang boleh bukan hanya gagah melaungkan slogan "Melayu Boleh" tapi sebaliknya buktikan dengan tindakan kita yang boleh melakukannya hingga ke akhirnya sehingga berjaya bukannya berhenti dipertengahan jalan.

Berhenti Menyalahkan Melayu Yang Tidak Boleh

Ya, kita juga perlu berhenti menyalahkan mereka yang tidak boleh berjuang sehabis-habisan tapi itu bukan jalan penyelesaiannya.

Melayu Boleh

Seharusnya kita harus mengingatkan antara satu sama lain, bukannya kita hebat kita diam seorang diri. Lihat bangsa lain mereka sama-sama membantu antara mereka dan mereka sama-sama berjaya antara mereka. 

Mereka bukan berasal daripada kaya-raya tapi mereka berusaha sehingga mereka boleh berjaya dan menjadi kaya pada hari ini.

Kita perlu berpijak di bumi yang nyata dan berhenti menyalahkan orang lain jika kita gagal sekalipun, buktikan kita Melayu yang boleh atau betul-betul boleh demi kejayaan diri kita sendiri dan anak-anak kita di masa hadapan.

Kitalah pencetus bagaimana kehidupan anak-anak Melayu kita kelak bagi mendorong mereka lebih berjaya daripada kita pada hari ini.

Contest SEO Melayu Boleh

Melayu Boleh

Contest SEO Melayu Boleh 2013 dianjurkan oleh Beritakaki Online dan juga ditaja olehEcaJomStadiAkma OmarAkuPenghiburCikLailiAsyrofStudioBoni Kacak,MenulisMencontengFuh [dot] MyMedia SiberGempak [dot] orgGilerKentang,NurMujahidahPondok Kecil & Pelik [dot] My, BlogFynaPondok Kecil

Tok Guru Teruskan Sebar Ilmu Tanpa Jawatan MB

on Wednesday, May 08, 2013



Inilah dia seorang yang tidak penat lelah menyebarkan ilmu dan akan teruskan perjuangannya sehingga ke akhir hayat.

Video ucapan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat


 

Terima kasih buat Tok Guru kerana menguruskan Kelantan selama hampir 23 tahun. 

Tengok salam kemaafan dari Tok Guru Nik Aziz Nik Mat
 
© 2010 - 2015 - Khairul Zamri | Optimized by Danialde4 | Seni Bina Blog
Khairul Zamri